Aku Hipokrit bila..
Bila Aku Hipokrit?! Bila blueHippo campur Konkrit maka jadilah Hipokrit! ^_^
Aku hipokrit bila..
Membaca novel-novel yang tebalnya seinci ukuran jari aku."Arghh!Poyo la kau ni Huda.Takkan la kau tak pernah baca novel-novel tu semua?" Ya! Aku pernah baca dan aku ada beli satu novel bertajuk !@#$ Cinta.Aku sudah tak ingat tajuknya.Garapan H.M.Tuah. Aku baca,ya aku ada baca,tapi sampai bab yang tengah-tengah aku dah malas nak habiskan.Aku cuba baca lagi tapi jujur,novel tak pernah menarik perhatian aku.Dan kalau kau ada nampak aku di mana-mana kedai buku dan aku membelek-belek novel-novel seperti itu lagi itu maknanya aku mendapat hidayat mungkin.Bukan aku mahu menunjuk-nunjuk dan mengatakan aku ini kununnya luarbiasa la dengan tidak membaca novel?! Oh,sama sekali tidak.Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa,dan di akhirnya terpulang pada kau untuk menilai aku bagaimana.
Aku hipokrit bila..
Pura-pura senyum sampai telinga apabila melayan keletah kanak-kanak.Ya,pada ketika itu aku hipokrasi sekali.Kau boleh membuat andaian yang aku ini tidak sukakan kanak-kanak,terpulang.Namun,apa yang aku sangat pasti tentang diri aku sendiri ialah aku kekok dengan kanak-kanak,aku tak tahu bagaimana cara yang betul untuk melayan kanak-kanak.Mungkin disebabkan kedudukan aku dalam keluargaku,aku anak tunggal.Aku dibesarkan tanpa memiliki adik-adik yang kecil dibawahku jadi tidak mustahillah aku tidak tahu melayan kanak-kanak.Bukan niat aku untuk memberitahu semua kununnya aku ini tak suka untuk melayan kanak-kanak,terpulang untuk kamu semua menilai.Cuma aku rasakan aku begitu hipokrit apabila aku berada dalam keadaan itu.
Aku hipokrit bila..
Terpaksa berlemah lembut dengan manusia yang sepatutnya aku maki hamun saja mereka.Sebagai contoh,manusia yang sepatutnya aku benci kerana perbuatan merekan yang terlalu menyakitkan hati aku,namun aku tidak mampu untuk membenci manusia-manusia ini kerana dasar perikemanusiaan.Aku sememangnya seorang manusia yang hipokrit pada tika itu.Hipokrit pada diri aku sendiri juga hipokrit pada manusia-manusia yang aku nyatakan sebentar tadi.Ini dinamakan hipokrit sunat seperti mana ada hukum tipu sunat begitu juga hukum hipokrit.
Aku hipokrit bila..
Kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku terpaksa memilih kerjaya perguruan sebagai sumber pendapatan aku di masa hadapan.Sesungguhnya,dengan nama Tuhan,itulah hipokrasi paling besar yang aku mungkin lakukan.Aku bukanlah manusia yang suka dan berminat dengan bidang perguruaan.Aku bukan juga manusia yang boleh bertahan menjalani kehidupan sebagai seorang guru,walau apa-apa pun kata kau tentang kebaikan menjadi warga pendidik,tapi itu bukan aku.Cukup aku melihat guru-guruku dahulu mendidik aku,dan aku benar-benar berharap aku tidak akan menyambung perbuatan mulia itu.Kau berikanlah aku kerjaya lain,kerjaya menternak ikan-ikan di kolam sekalipun aku sanggup!Kerana kerja seperti itu bebas tak terikat kepada sebarang jadual tertampal didinding-dinding bilik guru mahupun diatas meja guru.Sememangnya aku bukan warga pendidik,walau Mak aku boleh dikatakan bekas pendidik tapi itu bukan sisa yang mengalir dalam darahku.Mungkin sisa dari Arwah Ayah lebih banyak membentuk aku,mungkin.Cukuplah kini aku bekerja secara separuh masa sebagai guru tusyen dan bukannya memilih bidang ini sebagai keseluruhan pejalanan hidupku.Aku sangat berharap.
Aku hipokrit bila..
Menyatakan aku kuat sedangkan sebenar-benarnya aku hanya manusia yang sangat lemah.Mulut menyatakan 'Aku Ok!' Tapi sebenarnya hati berkata 'Aku tak ok..' Ya! Aku hipokrit untuk mengelakkan orang lain memandang aku ini terlalu lemah.
p/s: Sebenarnya Hipokrit tak salah dan tak la seteruk mana pun sebab hipokrit pun macam tipu,ada hukum hipokrit sunat! ^_^
21 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku suke ayat hippo cmpor konkrit...
BalasPadamcool!!!!