20 April 2009
Si Udang Yang Istimewa
Udang?Apa itu Udang?Ala..Udang la mangkuk!Takkan Cicak pulakan?Udang la,tahu tak?Udang!
Udang tu spesis makanan laut,sebelum kita jadikan ia sejenis makanan kita namakan ia sebagai sejenis hidupan laut dulu.Tamak betul kau eh,terus kau namakan Udang sebagai sejenis makanan laut?! Ish..ish..ish.Udang yang biasa kita tengok di pasar-pasar basah biasanya memiliki pelbagai saiz,dari yang besar,sederhana besar,kecil,sederhana kecil sampailah kepada kecil cenonet! Tapi tu bukan Udang dah,tu namanya anak cicit Udang.Ada lagi satu jenis rupa macam anak Udang.Masa tu Mak aku baru balik dari Labuan,masa tu dia,biasalah ada kerja dengan bidang politiknya,tapi tu sewaktu tika dahulu la.Mak aku bawa balik spesis makanan ni,banyak sangat,rupanya macam anak-anak Udang yang biasa aku tangkap kat dalam kolam belakang rumah aku dengan menggunakan bakul yang dah tak berguna yang Mak aku buang kat dalam lubang sampah belakang rumah aku tu la,takkan kat dalam lubang sampah rumah kau pula kan mangkuk! Mak aku bagitahu benda alah tu namanya 'Bubuk'. Betul ke nama yang Mak aku cakap tu?Tah aku belasah je.Ada aku kisah ke?!Sedap! Udang memang sedap dimakan.Aku paling suka goreng udang garing-garing lepas tu minyak gorengan tu pun letak sekali dalam pinggan makan bersama nasi putih!Perghhhh..meleleh air mani kau mangkuk!
Tapi masalahnya disini,aku bukan mahu bercerita tentang Udang yang kau buat makan tu.Aku mahu bercerita tentang binatang peliharaan aku yang diberi nama Udang oleh teman-temanku.Udang ini adalah sejenis Kura-kura! Jangan kau buat-buat menggaru kepala kau yang banyak kelemumur tu la mangkuk!Bukan susah sangat pun ayat aku untuk kau faham.Udang itu adalah sejenis Kura-kura,senang je kan ayat tu?
Udang diberikan hak penjagaan kepada aku pada tanggal 8 Februari 2009.Pada waktu dan tika dan detik manis tu Udang masih kecil comel bewarna hijau terang.Sumpah! Udang sangat comel.
Apa perasaan kau bila kau dapat Udang?
Aku rasa sangat gembira sebab aku memang mahu membeli binatang peliharaan,jadi dengan dapat Udang sebagai hadiah,jimat la duit aku.Seronok dapat Udang,aku rasa macam aku sudah ada anak.Ini adalah ayat yang nak menunjukkan aku ini konon-kononnya memiliki ciri-ciri keibuan.Haram!
Aku jaga Udang,hari-hari wajib tukar air kalau tak,alamatnya busuk la Cik Udang dan busuk jugalah tempat aku dengan bau air yang busuk dengan warna kekuningan.Hari-hari kena bagi Udang makan,waktu mula-mula Udang ada,aku risau kalau-kalau Udang tak cukup makan,jadi sekali aku bagi makan aku akan bagi dalam 4 ketul makanan dia tu.Dia telan semuanya.Aku lega.Udang dah kenyang.Tapi itu baru sarapan pagi,belum masuk lagi makan tengahari,makan petang,makan malam,dan makan tengah malam.Hah!Kau kiralah sendiri berapa ketul makanan Udang aku kena bagi setiap hari.Itupun tak termasuk lagi bila ada lawatan daripada ahli keluarga Udang yang lain maksud aku disini ialah kawan-kawan aku la.Bila mereka datang,kau faham-faham saja la,sah-sah la Udang akan dapat makanan lagi.
Udang ada satu tabiat yang sangat-sangat membuat aku rasa hangin,tabiat membuang najis mutawasitahnya apabila aku baru saja tukarkan air dalam bekas dia.'Kau selalu berak bila aku dah tukar air kau kan Udang!'Kononnya pembersih la tu.Tapi tak kisahlah,sebab aku sayang Udang.
Dulu,Udang tinggal dalam bekas yang kecil,kemudian aku beli bekas yang besar,siap ada jambatan,pokok kelapa dan tempat rehat lagi,aku beli juga batu-batu untuk Udang buat tempat melepak-lepak.Udang suka dengan rumah baru dia!Hari-hari Udang lepak bawah jambatan,dah macam penagih pula aku tengok Udang sebab lepak bawah jambatan.Itulah satu-satunya tempat kegemaran Udang sewaktu itu.
Selepas sebulan,Udang sudah makin membesar,cengkerangnya mula bertukar warna dari hijau terang menjadi hijau tak terang.Nampak ada pembesaran pada kulit cengkerang Udang,kuku kaki dan kuku tangan Udang makin panjang,tangan dan kaki Udang makin menggemuk,kepala Udang makin membesar,lubang hidung Udang pun makin jelas kelihatan gitu.Anakku sudah besar!Dan sekarang,jumlah pemakananya semakinlah bertambah,kalau dulu aku bagi 4 ketul sekali makan,sekarang aku bagi 8 ketul,habis! Sememangnya Udang kuat makan macam tuannya jugala,kemana tumpahnya kuah campur kalau tak ke nasi kandar.
Sekarang Udang sudah berusia hampir 2 bulan lebih,dan Udang semakin seronok mengalami tumbesarannya begitu juga aku,aku seronok untuk melihat Udang yang semakin sihat hari demi hari.Moga-moga Udang sentiasa sihat dan dapat memberikan kegembiraan buat aku dan juga kawan-kawan aku yang lain.
Moga Udang panjang umur! ^_^
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak uda~~
BalasPadamUda kau kan kat k.l,Udang aku adalah! =)
BalasPadam