19 April 2009

Persahabatan

Mungkin ada antara mereka-mereka yang membaca coretan aku ini akan berkata 'kau apa tahu tentang kawan?! Kau bukannya banyak kawan sangat sampai kau nak bercerita kononnya kau ni pandai sangat tentang erti kawan?! Dan kau bukannya baik sangat pun!' Terpulang.. Aku juga tak pernah ambil kisah apa yang mahu kau katakan tentang coretan aku mangkuk! Hah! Mencarut akhirnya aku.

Kembali kepada tajuk diatas, 'Persahabatan' Ya! Aku akui aku bukannya ramai kawan pun jika hendak dibandingkan dengan kau,tapi setiap kawan aku punyai nilai exotik mereka tersendiri,jadi apa ku kisah kalau aku tak punyai kawan yang ramai pun kan?! Ya,aku akui masa kecil-kecil dulu aku ada tulis hobi aku ialah berkenalan.Masa tu,hobi tu saja la yang selalu budak-budak guna pun kan? Tipu la kalau kau cakap kau tak pernah letak hobi tu kat mana-mana kertas yang minta kau tulis hobi kau apa.Kalau kau kata kau tak pernah letak juga,ya ya aku iyakan saja sebab ada aku kisah ke hobi kau apa bahadol!

Persahabatan tu satu perkataan yang terbentuk dari imbuhan Per dan kata nama Sahabat,adakah Sahabat itu kata nama? Sekali lagi,ada aku kisah ke?! Dan erti bagi Persahabatan pula bagi aku adalah pertalian yang sama sekali tidak akan pernah putus umpama air dicincang tidak akan putus,perumpamaan itu selalunya di guna untuk ikatan kekeluargaan. Tapi ada aku kisah ke?! Tidak sama sekali aku kisah! Walaupun,pernah aku dengar dan alami sendiri persahabatan yang putus akibat persengketaan sesama sendiri,namun sebenarnya aku yakin dalam hati kita pasti kita akan ingat kawan kita dan juga bekas kawan kita.Tapi kalau kau tak ingat aku sebagai kawan kau pun tak mengapa tak mengapa,sebab ada aku kisah ke?! Tak aku tak kisah!

Itulah persahabatan,aku ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu kawan lama aku Farahziela Abu selalu tulis Moga Persahabatan Kekal Abadi kat buku biodata kononya,biasala zaman kanak-kanak bila sudah akhir tahun ada-ada ja la buku biodata la buku cantik-cantik untuk kau tulis nama kau,alamat kau,hobi kau,makanan kegemaran kau,minuman kegemaran kau,cita-cita kau,kata-kata hikmah kau untuk kawan kau tu dan akhir sekali tandatangan kau.?? Kau tak pernah rasa ke?Tak pernah kau dapat buku macam tu untuk kau tulis ek? Tak ada pun kawan kau bagi dan minta kau tulis cantik-cantik dengan pen warna-warni? Kesiannya kau! Kau tak ada kawan ke mangkuk?! Kau memang malang la mangkuk! Tak ada orang nak kawan dengan kau eh? Kesian kau. Tapi,ada aku kisah? Lantak kau la,siapa suruh kau jadi kera sumbang mangkuk? Lain kali masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum,masuk sekolah baru carilah kawan baru mangkuk! Apa punya bengap la kau ni!

Persahabatan,andainya kau ada masalah,kawan kau akan tolong kau cari jalan penyelesaian.Andai kata kau menikmati kegembiraan,kawan kau turut akan merasainya.Itulah fitrah kawan.Tak akan pernah ada kawan yang bila kau sedih tapi kawan kau gembira macam beruk dapat panjat pokok strawberi.Dan tak pernah akan ada juga kawan yang sedih bila kau pula yang umpama beruk punggung warna merah yang dapat panjat pokok strawberi yang sama merah dengan punggung dia.Kalau ada,itu bukan kawan bahalol! Tapi itu syaitan yang dilaknat! Subhanallah..

Kawan yang sejati adalah kawan yang bersama kau bila kau gembira dan akan tetap kekal bersama kau bila kau sedih dan macam nazak nak mampus. Sebenarnya aku sendiri gila geli bila bercakap tentang sahabat sejati ni,sebab dari dulu aku tak pernah dan tak akan pernah menamakan sesiapa pun sebagai 'kawan karib' dan sejujurnya aku benci dengan ungkapan kawan karib.Sebab bagi aku kalau kau sudah namakan sesorang sebagai kawan karib kau,bermakna kawan-kawan kau yang lain akan terguris hati dan perasaan sebab kau tak letak nama diaorang sekali,tak ke secara tersiratnya kau telah menyatakan bahawa kau ni sebenarnya tak la suka berkawan sebab kawan karib kau ada berapa orang je kan? Tapi mesti kau cakap 'Tu kawan aku yang aku rapat la,yang lain-lain tu kawan aku juga.Aku kawan dengan semua la.' Jadah! Bagi aku kau tetap melabelkan kau tak berapa kawan dengan kawan-kawan kau yang lain. Dan kau mesti akan jawab 'Aku tak macam tu la,aku kawan juga dengan yang lain,aku tak tipu.Betul! Sumpah!' Huh! Ada aku kisah ke dengan kau mangkuk? Ikut suka ginjal kau la.

Perkenalan biasanya dimulakan dengan bertanya nama 'Siapa nama awak eh? Saya mangkuk,awak apa nama eh? Lembutnya ayat kau mangkuk?! Kau nak berkawan ke kau nak mengawan?! Dah macam sangap je cara kau tu magkuk! Tapi, ada aku kisah ke dengan kau?! Tidak sama sekali. Dan bakal kawan mangkuk membalas 'Mmm nama saya tandas. Nama kita ada kimia la awak.Awak mangkuk,saya tandas..jadilah mangkuk tandas! Wah,romantiknya kita awak.Saya suka la awak..' Sememangnya macam haram! Gugur segala bulu kemaluan aku! Sumpah! Tapi,ada aku kisah ke kimia antara si Mangkuk dan si Tandas yang juga macam sangap pelir itu? Aku sama sekali tak pernah kisah!

Tapi tak semua persahabatan itu bermula seperti contoh diatas,ada kadang kala ianya bermula secara tak sengaja seperti 'Eh awak saya tersilap nombor la,sebenarnya tadi saya nak mesej kakak saya,tak sangka pula sampai boleh tersalah nombor.Emmm awak..boleh kita kawan tak,alang-alang saya dah termesej awak ni..' Satu lagi contoh yang biasanya berlaku. Selepas baca ni mesti kau akan cakap 'Eleh dia la tu punya pengalaman,sebab tu dia bagi contoh macam tu..' Eh! Ada aku kisah ke itu pengalaman aku ke tidak?! Yang kau sibuk apasal Tandas? Kau baca sudah la,tak payah kau serabut-serabut nak fikir contoh aku bagi tu ada kaitan dengan pengalaman hidup aku ke tidak. Lebih baik kau fikir kenapa Einstein beria-ia cipta macam-macam formula yang akhirnya membengapkan kepala otak kau tuh!

Sekali kita kawan selamanya kita berkawan,macam tu la kawan aku.Aku seronok ada kawan macam kawan-kawan aku yang aku ada sekarang. Kawan-kawan aku sejak aku di zaman sekolah rendah,sekolah menengah,zaman matrikulasi dan sekarang zaman universiti. Aku gembira ada kau orang semua. Aku sayang dan teramat sayang kau orang semua. Ini adalah ayat gila geli aku yang kedua. Tapi,ada aku kisah ke?! Semestinya tidak aku kisah. Sepanjang kita berkawan,macam-macam kita lalui,gembira,duka,tawa,tangis,pahit,manis,kelat,masam,berkulat,berkilat semuanya. Tapi ada aku kisah ke semua tak semuanya cantik? Aku tak kisah sebab aku rasa semua yang kita alami tu kesemuanya adalah manis. Sumpah! Di akhir cerita persahabatan kau nanti,kau akan rasa semua itu sangat manis.

Dimana ada pertemuan disitu pasti ada perpisahan,dimana ada kelahiran disitu pasti akan ada kematian.Ajal,maut,jodoh,pertemuan kesemuanya ketentuan Tuhan dan bukannya ketentuan Bapak. Sekadar memetik dialod dari filem Ahmad Albab. Dan perpisahan itulah yang menyiksakan dan sukar untuk diterima.Tapi kita perlu meneruskan kehidupan kita yang masih panjang.Sedih? Sedih bila kau akan terpisah dengan kawan kau? Kau ingat bila kau dah terpisah dengan kawan kau tu maknanya kau dah tak kawan dengan kawan kau tu ke? Macam zaman kau kecil-kecil dulu,kau gaduh dengan kawan-kawan hingusan kau,terus keluar kenyataan 'Kita tak kawan dah tau lepas ni!' Memang zaman tu kau cuma ada otak macam beruk punggung merah dapat panjat pokok strawberi tadi. Dan bila besar atau kata ilmiahnya adalah dewasa,barulah kau punyai akal fikiran yang membezakan kau dengan beruk punggung merah dapat panjat pokok strawberi tadi.

Walaupun kau dn kawan kau sudah jauh terpisah,namun InsyaALLAH pertalian sahabat antara kau dengan kawan kau tu tak akan pernah putus selagi kau dan kawan kau yang sudah tinggal jauh dengan kau tu tahu erti persahabatan sebenar.Sebab kau dan kawan kau bukan macam beruk punggung merah dapat panjat pokok strawberi tadi,yang mana bila beruk punggung merah tu berhijrah ke kawasan baru,dia dah tak ingat kawasan lama sebab kawasan baru dia ada pokok strawberi sedangkan kawasan lama dia tak ada pokok strawberi yang ada cuma pokok kacip fatimah,dan neruk punggung merah tersebut tak suka pokok kacip fatimah sebab pokok kacip fatimah tak ada lubang seperti fatimah. Maaf aku mencarut berkali-kali.

Maka,kesimpulannya disini moga persahabatan kekal abadi. ^_^




p/s: Semoga kau berjaya dan hidup kau dilimpahi rezeki dan kebahagiaan Ijal.Walaupun aku kenal kau tak la semana kau kenal Pg dan Syira,tapi ada aku kisah ke?! Tak1 Aku tak kisah la! Segala kenangan sepanjang aku kenal kau,akan aku ingat.Bemula dari kau jadi penghantar roti King tiap malam kat tingkap bilik aku,idea bangang kau nak beli kereta buruk Pak Arab yang dijual dengan harga RM650 tapi selepas 'test drive' semua berpendapat 'Kau simpan je la hajat kau Ijal!' ,seterusnya kenangan kau nak memancing kat Queensbay tengah-tengah malam,siap beli udang kat Tesco buat umpan,tapi haram! Bayang ikan pun tak nampak,yang kami nampak bintang-bintang bertaburan di langit malam dan kena halau dengan mangkuk yang mabuk kalah race kot?! Balik kau balik! Kalau takkkk!! Bergelimpangan kita lari..haha. Kenangan kau bawak kereta depan polis kononya sedangkan lesen memandu kau kena tarik. Macam-macam la Ijal. Tapi kenangan kau dengan si buntat Pg lagi banyak.Walau apa-apa pun yang terjadi,aku harap kau berjaya dan kau bahagia. Hidup warga Sepilok Darat! Hidup Ijal! d(^_*)b

Tiada ulasan:

Catat Ulasan