19 April 2009

Terima Kasih Horoskop Islam

Nurulhuda Bakar

Nurulhuda telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 8 Jamadil Akhir 1407 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad.

Maksud : Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Sifat : Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Anda mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila anda tahu bahawa anda salah atau keliru, maka anda mudah mengakuinya. Tetapi, bila anda tahu yang anda benar, anda akan tetap mempertahankan pendirian anda dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat anda yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti anda akan menyenangkan kedua orang tuan anda.



Terima Kasih Facebook!

Baru sekarang aku tahu aku dilahirkan bila mengikut tarikh dalam bulan-bulan Islam.Aku pernah tanya Mak aku rasanya berkenaan tarikh lahir aku dalam bulan Islam ni,tapi rasanya Mak aku jawab 'Tah la buntat,Mak tak ingat la..' Nak aku kata Mak aku ni ada anak ramai sampai tak ingat tarikh lahir aku dalam bulan-bulan Islam,aku rasa aku Nurulhuda Bakar ni sorang saja lah anak Jamilah Musa. Nak aku kata Mak aku tak cukup Islam,Mak aku ni dulu bekerja sebagai Penyelia Bina Insan di Pejabat KEMAS Kuala Lipis dengan memegang nama Ustazah Jamilah Musa. Kenapa Mak aku tak ingat tarikh lahir aku dalam bulan-bulan Islam? Mungkin tak sempat nak tengok kalender Islam mungkin? Ataupun aku dilahirkan di Kota London sampaikan tiada kalender Islam? Oh! Tidak! Aku anak Malaysia tulen! Kau tengok la sendiri muka aku ni,ada ke muka aku macam orang Kota London ataupun Kota Mekah. Sama sekali tidak ada.

Rupa-rupanya, aku dilahirkan pada 8 Jamadil Akhir 1407 Hijrah rupanya. Jika di bandingkan dengan tarikh lahirku mengikut bulan-bulan Orang Puteh,aku dilahirkan pada 8 Februari 1987. Lihat! Ada persamaan bukan? Angka 8! Sesungguhnya 8 adalah angka bertuah aku. Kau orang percaya ke dengan angka-angka bertuah ni? Aku kurang percaya,cuma sekadar suka-suka saja. Lagipula,secara semula jadi dan bukan paksaannya aku teramat menyukai angka 8,entah kenapa aku tiada pula menyoalkan sebabnya.Cukupla kau tahu aku suka angka 8 dan bukan angka 9 atau 10 atau 11 barangkali? Bukan ya. Bukan.

Mengikut horoskop diatas,aku ni seorang yang berani dan menghormati orang lain.Benar atau tidak,mari sama-sama kita lihat.Nurulhuda Bakar seorang yang berani? Benar! Beliau seorang yang berani bertelanjang di depan kau kalau kau bagi dia duit yang tak akan habis diguna oleh 10 keturunan,dia seorang yang berani menjilat pelir kau dengan syarat kau jilat bontot dia dulu,dia seorang yang berani mati kalau kau adalah Tuhan dan beri dia masuk Syurga.Pukimak kau la! Aku manusia biasa. Berani kerana benar takut kerana salah.Mungkin aku berani bila aku rasa aku mampu mengatasi rasa takut aku itu,dan aku akan takut bila rasa berani aku kurang atau sama dengan rasa takut aku. Ada faham? Kalau kau tak faham,kau pergi cari cikgu bahasa Arab untuk terjemahkan apa yang aku katakan tadi.

Aku menghormati orang lain? Dengan syarat orang lain itu juga menghormati aku. Jikalau syarat itu tidak dipenuhi maka buat aku penuhi syarat aku tadi. Aku manusia biasa,tak lekang dari melakukan kesalahan dan dosa. Tapi selama aku hidup,aku rasa aku seorang yang menghormati orang lain.Cakap lebih-lebih pun tak guna sudah seperti masuk lif tekan sendiri saja.Tapi kalau orang lain yang tekankan maka kau tak akan dapat la nak pergi ke tempat yang kau nak pergi,sebab orang lain tak tahu kemana kau nak pergi sebenarnya.

'Apabila anda tahu bahawa anda salah atau keliru, maka anda mudah mengakuinya. Tetapi, bila anda tahu yang anda benar, anda akan tetap mempertahankan pendirian anda dan tidak akan mengaku kalah.' Berdasarkan ayat diatas,aku di ertikan seorang yang keras kepala.Ya kepala aku memang keras sebab aku buat kepala aku guna besi.Dan kepala kau diperbuat dari tembikai saja,bila kepala kau terhentak di atas jalan raya maka kepala kau akan pecah dan segala biji tembikai bertaburan lalu kau pecah kepala memikirkan ayat bangang aku ini kan sial segala kerja kau selama ini.Terpulang untuk menilai aku ini keras kepala atau tidak.Kalau aku ini seorang yang keras kepala,maka kau pula seorang yang keras apa agaknya? Kau fikirlah sendiri apa organ badan kau yang keras.

'Semasa kecil, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat anda yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti anda akan menyenangkan kedua orang tua anda.' Ayat ini seperti menasihati ibu bapa ku saja?! Didikan ibu bapa aku rasa memadai untuk aku,sebab Mak dan Arwah ayah aku cuma ada aku seorang saja sebagai anak mereka,jadi rasanya aku cukup didikan,InsyaALLAH.Tapi seperti sebelumnya,aku cuma manusia biasa.

Moralnya disini,horoskop hanya memberi ramalan seterusnya anda yang sewajarnya menentukan corak yang bakal terlukis diatas sehelai kain putih yang diberikan kepada anda sejak anda melihat dunia.Renung-renungkan dan selamat beramal.


p/s: Aku suka tengok horoskop kemudian aku berangan-angan. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan