23 April 2009

Ranya

Ranya?Siapa Ranya?Ranya ialah seorang kanak-kanak berbangsa Arab kot,aku sendiri tak pasti dengan bangsa Ranya ni sebenarnya.Ranya merupakan anak kepada pensyarah di Pusat Pengajian Fizik,Universiti Sains Malaysia ni.Fizikal Ranya pula berbadan seperti kanak-kanak Arab yang lain tinggi berkulit cerah berambut kerinting memiliki sepasang mata yang cantik,hidung yang mancung terletak,semua ciri-ciri ada padanya.Ditambah pula dengan kepetahan dan keletahnya yang mana senang untuk didekati tapi awas ya,kanak-kanak seusia begini sangat jujur dengan percakapannya.Kalau mereka katakan mereka tak suka,ya! itulah sebenarnya realitinya,dan sekiranya mereka kata mereka suka dan itulah kebebarannya.


Aku mula mengenali Ranya dari penceritaan PG,sepanjang cuti semester hari-hari aku diceritakan melalui sms tentang Ranya,mulanya aku rasakan Ranya ni biasa-biasa saja cuma yang membezakan nya dengan kanak-kanak lain kerana dia berbangsa Arab.Kemudian,sewaktu aku sudah pulang ke kampus juga,aku sering mendengar cerita tentang Ranya daripada PG dan Syira.Dalam hati aku ada juga terdetik mahu sekali berpeluang untuk berjumpa Ranya.Tapi sekadar tunggu dan lihat sajalah.


Akhirnya suatu hari aku bertemu Ranya,tapi malangnya pada waktu pertama kali Ranya bertemu dengan aku tu,aku baru saja lepas mandi pagi,mandi pagiku lebih kurang pada jam 12 tengahari jugalah.Waktu itu seperti orang kebanyakan baru selesai mandi,berkemban la jawabnya bukan?Ranya lihat aku dengan muka yang terkejut,besar sangat aku ni mungkin pada dia.Dengan melihat aku tanpa aku memakai cermin mata,sememangnya muka aku sangat lain.Waktu tu aku sudah terfikir yang dia memang tak suka aku,dan aku sendiri juga tak melayannya sebab aku tak tahu mahu melayannya bagaimana.Sesudah aku siap-siap memakai pakaian lengkap,mengelap rambutku,tiba-tiba Ranya meminta sesuatu dari aku. "Can I comb your hair?" Huh?Rambut aku yang kau teringin kau sikat ek.Tapi tak mengapa,tak mengapa.Silakanlah Ranya. "I like your hair!" "Ya?Thank you." Rambut aku aje ke yang kau minat?Aku kau tak minat ke Ranya.Hanya bermonolog.Kemudian,aku,PG,Syira dan Ranya keluar menaiki kereta menuju ke mana tah aku sudah lupa,tapi satu yang aku tak lupa. "You look nice with that spek."Tersenyum aku mendengar kata Ranya.Itulah pertama kali aku berjumpa dengan Ranya.Dan pertama kali itu jugalah aku mendapat nama gelaran 'Giant Girl' dari Ranya.Terima kasih sajalah dengan gelaran itu.


Selepas hari itu,selalulah aku ketemu Ranya lagi.Lagi,lagi dan lagi.Melayannya aku dengan budak sorang ni?Melayan la juga sebab PG selalu kenakan aku.Apa-apa yang Ranya teringin nak beli,selalu PG suruh mintak beli dari aku."Ask Giant Girl."Hotak kau la PG! Asyik-asyik aku je yang kena belikan barang budak ni.Nasib la barang yang Ranya mintak pun hanya sekadar stiker-stiker comel.purse gambar Snow White.Nasib la."Giant Girl can you buy this for me?" Ayat Ranya yang membuat aku hanya mampu tersenyum sambil berkata "Yes,you can' Tapi tak la sampai setiap masa yes you can. Kau gila apa! Banyak la pulak duit aku nak tanggung budak ni.Kadang-kadang kalau aku dah malas nak layan permintaan dia yang umpama bertih jagung cakap tak tahu nak berhenti tu,aku cakap aje la aku ada kerja nak buat dan kita beli lain kali,padahal semua tu hanyalah alasan semata.


Bila bercerita tentang nama gelaran yang diberi Ranya,bukan aku sorang saja yang memperoleh nama gelaran,ramai lagi,antaranya Syira dengan nama Syiah,kerana pada masa itu Syira sembahyang duduk dan menghadap dinding lalu,PG mengatakan bahawa puak Syah sembahyang duduk dan menyembah didnding lalu lekatlah nama itu untuk Syira dari Ranya.Akma juga tak terkecuali,'Sexy Girl' kerana Ranya melihat Akma berkemban,lalu terus terusan Ranya memangil Akma dengan nama 'Sexy Girl'.Wana pula dengan nama 'Crazy Girl' disebabkan sifat Wana yang gial-gila melayan Ranya.


Dan suatu yang menjadi kenangan dan akan aku simpan sampai bila-bila adalah kad buatan sendiri Ranya untuk hari lahir aku,walaupun kad tu diberi sebulan selepas hari lahir aku,namun ianya berharga bagi aku kerana Ranya buat kad tu sendiri,dengan macam-macam stiker terlekat di kertas bergambar Snow White dan rakan-rakannya.Kad itu juga turut disertakan dengan 'teddy bear' kecil,tah dari manalah Ranya kutip agaknya.Tapi aku sangat-sangat hargainya.


Ranya oh Ranya..


Satu perkara yang aku tengok dengan si Ranya ni,dia suka sangat kawan dengan kawan-kawan aku ni juga,aku tak faham la,umur baru 8 tahun tapi berkawan dengan kawan-kawan yang berusia lebih dari umur kakak dia sendiri.Persoalannya disini,adakah kami semuan ni kelihatan seperti kanak-kanak juga sampaikan kami berkawan dengan kanak-kanak?Persoalan ini seperti mahu membangga diri dan secara tersiratnya ingin menyatakan kami nampak muda dari usia la!Tersenyum sinis rasanya.Tapi tak kisahlah tentang semua tu,seronok juga ada Ranya ni.Ranya comel sangat bila,dia memakai telekung dan sembahyang.Muka dia comel sangat.Ranya comel sangat bila,mukanya di berikan solekan,bahagian yang paling menyerlah adalah pipi,cantik dengan pemerah pipi bewarna jambu.Memang sangat cantik.Lagi satu,Ranya selalu makan tak habis,biasanya nasi yang dia ambil tak pernah habis,kadang-kadang ambil ayam sampai dua ketul tapi makannya tak habis.Dan biasanya aku dan PG la yang menjadi tong sampah melicinkan segala makanan yang sudah tak dimakan Ranya.Seronok sebab dapat makan banyak.


Dan hari ni,Ranya genap 9 tahun,dan yang seronoknya kami dijemput ke rumahnya untuk menyambut ulang tahunnya.Segan rasanya sebab manalah pernah berkunjung ke rumah dia lagi,sebelum ni pernah jumpa ibu Ranya pun sekadar terjumpa di kompleks membeli belah Queensbay bersama kakaknya.Sejujurnya,keluarga Ranya sangat ramah dan baik-baik sekali,seronok rasanya bersama mereka.Seronok mendengar cerita mereka,ialah sebelum ni mereka sekeluarga menetap di Jordan kemudian India dan kini Malaysia semuanya atas urusan kerja Dr.Kaled sebagai pensyarah.Dari makan kek hari jadi sampailah Dr.Kaled keluar membeli nasi dan roti naan untuk kami makan,siapa yang tak seronok bila dapat makan?Kau tak seronok ke kalau orang bagi kau makan?Tipulah kalau kau tak seronok kan?


Bab hadiah hari jadi pula,semuanya terletak ditangan aku dan Syira.Kalau kau apa yang kau patut beri untuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun sebagai hadiah hari lahir?Ranya suka mewarna,suka stiker dan suka Barbie Doll.Dan akhirnya hadiahnya adalah 'Teddy Bear'.Walaupun harganya agak mahal tapi bila melihat Ranya suka dengan hadiah kami beri itu,rasanya harga yang mahal itu sudah terbalas tatkala melihat Ranya begitu gembira mendapat hadiahnya.Dan kami juga gembira kerana dapat makan banyak malam ini.Dan esok,ibu dan kakak Ranya sudah berjanji mahu menjamu kami makan tengahari di rumahnya pula.Seronoknya.Apa jenis masakan Arab la yang dapat kami nikmati esok.Tak sabar rasanya.Terima kasih Ranya!



^_^ sayang Ranya!

1 ulasan: